Isnin, 4 Oktober 2010

VALENTINE DAY…



Valentine day atau hari kekasih pada tanggal 14 Februari.. mungkin hari yang ditunggu-tunggu oleh pasangan yang bercinta tidak ketinggalan juga kepada pasangan suami isteri dan sesiapa yang berjiwa romantik. Pada hari itu, mereka-mereka ini semua akan saling bertukar hadiah, kad ucapan, bunga-bungaan atau makan malam. Tidak kurang juga berhibur dan menari semalaman di disko dan kelab malam sempena merayakan hari tersebut.
Sebagaiama yang kita ketahui, ‘valentine day’ merupakan budaya barat yang tidak ada kena mengena dengan adat resam dan budaya Melayu atau tata susila orang Timur. Jauh sekali bersumber daripada ajaran agama Islam yang suci. Malangnya, orang Islam pada hari ini, terutama remaja,dan pasangan suami isteri, begitu ghairah dan tanpa usul periksa membudayakan sambutan Hari Kekasih dalam kehidupan mereka. Jika kita selidiki sejarah hari kekasih pada Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karana pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis' kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahawa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.

Di Malaysia kebanyakannya golongan remaja yang terpengaruh untuk menyambut hari kekasih. Sepatutnya kita sebagai seorang yang beragama Islam tidak membudayakan amalan kristian ini yang jelas beertentangan agama kita. Kenapa masih ada remaja yang mengikuti amalan yang jelas diharamkan dalam Islam ini??... di sini tepuk dada..tanya imam masing-masing. Di samping itu juga, sangat mengecewakan kerana wujud segelintir pihak yang sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan menjual barang-barang cenderahati untuk mempengaruhi remaja memperingati hari tersebut. Selain itu, sambutan yang tidak berfaedah ini diraikan dengan penuh unsur maksiat seperti berdua-duaan, berpeleseran sekaligus boleh membawa kepada perbuatan maksiat dan zina. Allah swt berfirman yang bermaksud, “Dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat.’’ (al-Isra: 32). Dari ayat Al-Quran di atas, jelas bahawa Islam melarang umatnya menghampiri zina, kerana zina itu adalah haram dan merosakkan hati umat Islam. Kesan dari pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan berlakunya kes-kes pembuangan anak, pengguguran, anak luar nikah makin bertambah dan sebagainya.
Banyak sekali pandangan daripada mufti agama yang menyatakan ianya haram, kerana ianya boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan Kristian itu. Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa: “Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.” Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom. Sebagaimana yang kita tahu, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom. Oleh itu, sebagai seorang umat Islam kita tidak boleh sesekali meniru budaya asing dan ternyata bercanggah itu apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan. “Mengapa kita perlu mengamalkannya sedangkan Islam menggalakkan umatnya kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala. Bahkan jika kita tidak bertegur sapa dengan saudara se-Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya sudahpun jatuh haram. Jadi amalan atau budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik. Islam turut menggalakkan umatnya mengasihi sesama mereka secara ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dengan tumpang bersyukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka. Berkasih sayang bagi Islam juga tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia,
Kesimpulannya, cinta yang hakiki iaitu cinta ilahi, kerana cinta ilahi inilah sebenar-benar cinta, apabila seseorang itu mencintai Allah, maka ia akan memperolehi segala kenikmatan dunia dengan berkat cintanya kepada Allah. Sambutlah kekasih kita dengan cara yang dikehendaki oleh Islam iaitu melalui saluran perkahwinan yang sah. Sambutlah ulang tahun perkahwinan dengan majlis yang diredhai Allah, seperti mengadakan majlis doa selamat, dan sebagainya yang dihalalkan oleh Islam. Oleh itu...’jangan mudah melafaz kasih..kasih itu pada siapa… jangan mudah melafaz sayang…sayang itu pada siapa…jangan mudah melafaz cinta..cinta itu pada yang Esa..cintakan bunga..bunga kan layu cintakan manusia kan pergi….”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan