Isnin, 23 Ogos 2010

Berdosakah Wanita?...




Berdosakah wanita, mengenai isu pesakit wanita yang mendapatkan rawatan daripada seorang doktor lelaki. Persoalannya adakah ianya halal atau haram di sisi Islam.? Ada setengah dari kita mengatakan hukumnya halal iaitu dibolehkan mendapatkan rawatan dari doktor lelaki, dan ada sesetangah pula mengatakan ianya haram. Sebagaimana yang kita ketahui, di dalam al-Quran ada mengatakan mendedahkan aurat adalah haram,sebagaiman firman Allah S.W.T “Katakanlah kepada lelaki yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman, ‘Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka …’” (an-Nur: 30 – 31).
1.Hujah yang mengatakan ianya halal:
Sebagaimana yang kita maklum, darurat yang sebenar ialah darurat yang diharuskan oleh seseorang untuk melakukan sesuatu yang dilarang. Dalam ilmu usul fiqh, terdapat satu prinsip yang disebut sebagai ‘perkara darurat mengharuskan perkara yang haram’. Para ulama sepakat bahawa harus bagi seorang doktor lelaki melihat bahagian anggota wanita yang sakit jika perlu berserta mengikut syarat yang ditetapkan oleh syariat. Begitu juga dengan aurat lelaki yang harus dilihat oleh doktor perempuan. Selain itu prinsip syarak juga menyebut bahawa ‘darurat itu diukur mengikut kadar keperluannya’.
Jadi, jika diharuskan melihat, membuka, menyentuh aurat dan sebagainya mengikut keperluan rawatan. Ia tidak dibolehkan dalam keadaan biasa. Hal ini dibolehkan dengan syarat tertentu, iaitu:
1. Mendahulukan rawatan lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita, mendahulukan doktor muslimah, kemudian doktor wanita kafir, kemudian lelaki muslim kemudian barulah lelaki kafir.
2. Tidak melebihi tempat biasa yang perlu dibuka. Cukup dengan hanya mendedahkan tempat yang perlu sahaja.
3. Jika huraian pesakit sudah mencukupi, maka tidak perlu sentuh atau buka aurat.
4. Wanita hendaklah ditemani suami, mahram atau wanita lain yang berakhlak.
5. Doktor tersebut seorang yang amanah, tidak pernah didakwa dengan pelbagai perangai buruk.

Selain itu,kita boleh juga melihat kepada zaman Rasulullah S.A.W situasi darurat yang membolehkan keadaan rawatan di mana para wanita Islam memainkan peranan sebagai jururawat di medan peperangan. Mereka ditempatkan di bahagian logistik dan juga perawatan,mereka merawat dan mengubati anggota tentera yang luka dan parah. Dalam keadaan begini tidak dapat tidak pasti berlaku sentuhan kulit dan anggota lainnya,namun hal ini dibolehkan untuk sementara waktu kerana peperangan merupakan darurat dan mencemaskan.
2.Hujah yang mengatakan ianya haram:
Sebagaimana yang kita ketahui sekarang, di Malaysia banyak terdapat hospital atau klinik swasta yang memberi perkhidmatan doktor wanita, terdapat juga ramai doktor sakit puan dan selain itu, terdapat juga doktor wanita bukan Islam dari luar Negara yang terdapat di Malaysia, khasnya untuk wanita yang bersalin. Hal ini, tidak menjadi perkara darurat yang sebenar iaitu perkara darurat yang menharuskan perkara yang haram. Kenapa kita mesti memilih untuk rawatan daripada doktor lelaki,sedangkan masih ramai doktor wanita yang terdapat di Malaysia??? Di sini, tepuk dada tanya Iman…Di sini juga saya ingin memberi satu contoh, katakan kita tersesat di dalam hutan selama empat hari dan berada di dalam keadaan yang sangat lapar,tiba-tiba terlintas seekor babi, apakah hukum memakan babi ketika ini? Tentulah jawapannya ialah haram sama sekali,kerana di dalam hutan terdapat banyak lagi binatang yang boleh kita makan sekadar untuk menutup kelaparan seperti siput babi adalah lebih baik daripada babi, cacing tanah, pohon kayu dan buah-buahan semuanya ini masih perlu di utamakan. Hal ini kerana, keadaan seperti ini belum lagi di kira sebagai darurat lagi kerana kita masih ada banyak pilihan, begitu juga dengan menerima situasi menerima rawatan dan perubatan.
Kesimpulanya, bagi seorang wanita yang ingin mendapatkan rawatan dalam situasi biasa tanpa apa-apa komplikasi keadaan itu bukanlah sesuatu yang menjadi darurat bagi mereka,kerana mereka masih lagi mempunyai banyak pilihan yang terdapat di hospital atau klinik yang menawarkan perkhidmatan daripada doktor wanita sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan