Ahad, 15 Ogos 2010

Perempuan terancam atau mengancam??....




Pembahasan tentang masalah aurat wanita Islam tidak pernah sunyi diperkatakan pada
hari ini. Di sekeliling kita pada hari ini ramai wanita-wanita Islam itu sendiri tidak menutup aurat dengan sempurna , malah mereka sengaja mendedahkan lagi aurat mereka di khalayak ramai tanpa rasa segan dan malu walaupun mereka sendiri tahu perbuatan itu berdosa.
Disini ada beberapa sebab mengapa wanita-wanita ini mendedahkan aurat mereka antaranya ialah untuk nampak cantik dan untuk mempamerkan kepada kaum lelaki dan kaum wanita yang lain. Sebahagian wanita lain pula menyangka bahawa menutup aurat itu adalah rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Ini dibuktikan di dalam al-Quran dari firman Allah SWT: ertinya:“ hendaklah mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasasan kamu kecuali apa yang terzahir”( an-Nur: 13)
Sebagai seorang wanita.apabila kita menutup aurat sekaligus dapat mengelak diri daripada disakiti dan terhindar daripada gejala sumbang mahram, seperti kes rogol dan cabul. Kebanyakan pada hari ini, kes zina, buang anak, dan rogol adalah disebabkan punca utama ialah tidak menutup aurat di kalangan wanita itu sendiri kerana mereka berpakaian seksi yang mendedahkan bahagian anggota badan yang boleh menaikkan nafsu lelaki yang melihatnya sekaligus terjadilah kes rogol akhirnya melahirkan anak luar nikah. Di dalam al-Quran dari firman Allah SWT: ertinya: “Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59). Dalam ayat ini, menerangkan “Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik
Apa yang penting di sini ialah, sebagai seorang wanita Islam bahawa kewajipan menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahat yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.

Menutup aurat adalah perkara yang wajib dalam Islam, dan di dalam Islam juga terdapat tujuan mengapa harus diwajibkan menutup aurat ke atas umat Islam kepada kaum lelaki dan wanita. Antara tujuannya ialah:
1.Perbezaan dengan binatang
2.Agar kaum wanita tidak disakiti
3.Tanda atau seperti uniform kepada agama Islam.
4.Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.
Antara kesilapan-kesilapan wanita tentang aurat:

1.Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
2 Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.
3.Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
4.Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
5.Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
6.Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
7.Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
8.Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
9.Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
10.Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki.

Kesimpulannya,pemakaian menutup aurat adalah wajib ke atas setiap kaum lelaki dan wanita,tanpa mengira iman dan keikhlasannya kerana aurat merupakan perkara yang diwajibkan dalam Islam dan mendedahkannya merupakan satu dosa. Dan bagi wanita pula menutup aurat bukan setakat menjaga maruahnya, tetapi juga menjaga kemaslahatan masyarakat sekelilingnya.Oleh itu, sama-samalah kita membetulkan diri masing-masing sebagai seorang yang beragama Islam,kita haruslah saling tegur menegur kaum kita yang tidak menutup aurat

1 ulasan:

  1. Wanita hiasan dunia..Seindah hiasan adalah wanita solehah...

    BalasPadam